~ AKU INI TULANG RUSUK KIRI SIAPA? ~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

waktu da menunjukkan jam 3.30 pagi tapi sy still xboleh tido sbb sedang menyiapkan assignment yg bnyk!haiyakkk!huhu.. but dlm mse yg same, smbil2 bwt assignment tuh sy ske stalk blog2 kegemaran saya.. ntah mcm mane, sy tertarik dgn satu entry dari blog PENPATAH .. tajuk entry die same dgn tajuk entry sy yeaa... ok jom, hayati ok.. :')

Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.

Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.

Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.

Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?



Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.

Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,

Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.

Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali

Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.



mcm mane? pd sy, entry ni sgt ssuai dkat sy.. sy rse, baik perempuan or lelaki di luar sane msti ade satu mase akan terfikir bnde ni..betol x? sbb sy sllu pkir bnde ni..bkn gatal nk kwin ke ape tp sy sgt ingin tahu mcm mane lah agknyer bakal suami sy satu hari nnt.. iyelaahhh, sy sllu mnta yg baik2 sdangkn adekah sy perbaiki diri sy dlu utk menjadi yg terbaik? itu yg sllu sy fkirkan, dri ni mmg sgt bnyk kelemahan dan stiap hari sy cbe utk menjd yg terbaik.. alhamdulillah, sy msih lg SINGLE dan pd mse yg same msih mencari dan sdg perbaiki diri utk menjadi yg terbaik..insyaAllah.. bye2! :)

You know, if you really like someone, I think that you should keep them in your prayers. Even though the person might be impossible for you to be with.

P/S : Tipu kalau cakap tak rindu ,Tipu kalau cakap tak rasa apa2 ..
Allah Maha Mengetahui SegalaNya , Dia Pemberi Rasa..
Ya Allah , Sampaikan salam sayang dan rindu aku pada dia..
Ikatlah hati kami walau berjauhan..
 Amin

0 comments: