Assalamualaikum wbt..

Hello semuaaaaa!!! Long time no see hah?! ahahahaha! Lama giler babun tak update blog. So now, tetiba dapat mood untuk update blog yang xserupa blog dah ni. Pulak tuh tajuk PTPTN kan. Just nak share pasal PTPTN ni, not to blaming sesape but untuk pengetahuan and kesedaran diri sendiri jugak. hahahaha!

Ok citer dia macam ni.. Aku abis belajar dalam tahun 2013. Aku tanam anggur kira2 8 bulan jgk. Foundation aku amik PTPTN dan degree pon aku amik PTPTN. so, you guys boleh agak kan berapa banyak aku hutang? Aku pun rasa nak meninggal dah. hahahaha. So, lepas dah menganggur pastu dah dapat kerja pastu aku pon lekaaaaaaaaaaaa memanjang sampailah dua hari lepas aku off day dari kerja terus tergerak hati pegi kiosk PTPTN dekat TBS. Dari malam sebelumnya aku dah rasa tak sedap hati nak pegi, mesti ada benda nak jadi.. kahkahkah..

Nak tau tak berapa hutang aku? Berapa hutang aku tertunggak selama aku tak penah bayar sesen pon? Nah, tengok gambar dekat bawah




Yang i tu refer kepada pinjaman untuk ijazah dan F tu untuk foundation. Korg nampak x? nampakkkkk? Nampak tak yg tunggakan tu? Menangis tau takkkk... huuuuu.. So sekarang ni untuk foundation aku dah tak boleh bayar bulanan sebab tempoh 5 tahun utk bayar balik bulanan dah tamat masa januari aritu.. Maksudnya, aku kne bayar lump sum utk foundation. 

Bagi yang ijazah pulak, bulanan aku kne bayar dlm RM317 setiap bulan.. Contohlah, aku degil xnk bayar bulan 300lbh tu.. Aku bayar setiap bulan RM100, nnt jangan terkejut hutang ko tak bergerak bahkan tunggakan ko makin meningkat. Aku ada penah terbaca dekat facebook, ada sorg brother ni tiap2 bulan bayar RM100 tp tgk2 penyata macam tak gerak.. Apa yg org PTPTN explain kat aku aritu, setiap bulan kne bayar ikut ape yg PTPTN dah tetapkan amaun dia.. Contoh mcm kes aku, nak tak nak aku kena jugak bulanan bayar RM317 so that tunggakan aku untuk degree tu berkurang dan kurang.. 

Untuk blacklist pulak, aku mmg dah blacklist.. Aku mntakla clearkan blacklist aku sbb skrg ni aku dah tolak kwsp akaun ke dua aku dlm RM4500 dekat yg foundation.. TAK BOLEH CLEARKAN BLACKLIST yea adik2 akak2 abang2.. Sebab tunggakan aku dh 20k even aku dh bayar 4.5k tolak dari akaun kwsp aku.. So lepas bincang2 dengan PTPTN, aku kena bayar another RM2000 utk clearkan blacklist aku.. Mana nk cekau siak 2ribu henggeeetttt..hahhhhhhh.. Jadinya, bulanan aku kne maintain bayar RM317 dan kalau ada rezeki jatuh dari langit ke, kne settle kan yang hutang foundation..

Sekarang ni bukan aku nak salahkan PTPTN or nak backup PTPTN ke ape.. Dari segi pengalaman aku skrg ni, lepas belajar kalau dpt kerja terus deal dgn PTPTN.. Jangan jadi mcm aku, duk lekaaaaa and ingat no big deal lah PTPTN tapi sekali nahh kauuuu.. Apa 2 pon, nak lebih jelas boleh terus pergi ke PTPTN lah.. Pada aku, sekarang persoalan yg aku duk tertanya2 tuh dah terjawab.. Moral of the story, memang salah aku lah duk leka tak bayar.. Tapi klau tak leka pon, gaji mula2 keja kecikkk woiiiiii.. Ni sekarang barulah ok bole bernafas sikit tapi dah nak bayoooo PTPTN berpuluh ribu pulakkkkk.. HAHAHAAHHAAHHAA *nangis* 

Untuk adik2 kat luar sana yang nak sambung belajar.. Jadikan PTPTN THE LAST OPTION KALAU BOLEH LAH.. Try apply MARA ke JPA ke.. Yelah masa aku, aku bukan pandai sgt nak masuk IPTA.. Sebab nak belajar punya pasal, nak dapatkan kerja untuk bantu keluarga kenalah masuk IPTS yang masyaAllah yuran setiap sem mahal nak arwah.. So now, doakan aku rezeki melimpah ruah.. Kena rajin bwt OT.. HAHAHAHA! Aku jugak doakan korang2 yg terpaksa berhutang untuk dapatkan sekeping sijil ijazah or diploma, sukses utk membayar hutang tu balik.. Jadikan cerita aku sebagai pengajaran ok? *senyum*

Untuk pihak PTPTN, kot2la ade pegawai PTPTN baca ke blog aku ni.. Kot la Menteri2 pun terbaca blog aku ni.. Mintak dorg bertimbang rasa sikiiiitttt pon jadilahhhh.. Kuatkuasakan bayaran balik PTPTN ni utk yg dh bergaji 3k ke atas ke.. Hidup skrg makin mencabar, duit kita pun makin kecik.. Sampai blacklist dah org2 muda kat luar sana termasuk aku.. Rules blacklist tu consider balikla kot, sakit jgkla dah blacklist nk buat loan ke ape seme tak lepas.. huuuuu..

Sekian sahaja cerita aku, moga jadikan pengajaran dan isitqomah membayar hutang hendaknyer! HAHAAHHA! chow! Bye!