PRU 13 : Menepati Janji Membawa Harapan VS Pakatan Harapan Rakyat

Assalamualaikum wbt.

Hai! Rajin pulak sy hupdate blog kan. Al maklum, mood rajin post etnry tetiba datang. hihihi. Ok, let's be a bit serious for today entry. Seperti yg semua maklum, 3 April 2013 yg lalu Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 iaitu DS Najib telah pun membubarkan parlimen. Puas hati?hahaha. Ok, then semalam Barisan Nasional telah pon membentangkan Manifesto mereka. Saya ni xdelah kuat politik sgt even i am NON PARTISAN. Maksudnya ialah, saya tidak terlalu menyokong mana2 pihak. What ever people nk gelar sy lalang ke ape but prinsip sy senang. Yang betul kita ikut n mana yg xbetul kite jgn ikut. Klau kita tgk kerajaan mahupun pembangkang, dorang diwakili oleh manusia which means tend to do mistakes. Am i right? So, mari kita review sikit manisfesto kedua-dua parti ni then nnt sy komen based on pendapat sy.

MENEPATI JANJI MEMBAWA HARAPAN (MANIFESTO BN) :


1) Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang
dengan bantuan secara tahunan dikekalkan 

2) Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan
Persekolahan kepada RM150

3) Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta
secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan
daya saing kereta nasional

4) Menstruktur semula kerajaan termasuk mewujudkan kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar

5) Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar

6) Membina 1,000,000 buah rumah mampu milik - digerakkan oleh sektor awam dan swasta - termasuk 500,000 buah rumah PP1MA

7) Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran

8) Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM, dengan tambahan 4,000 anggota polis pada setiap tahun

9) Memasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan bagi mengurangkan lagi jenayah jalanan

10) Mengukuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM dengan menambah 5,000 buah kenderaan tambahan

11) Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional

12) Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina

13) Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000

* Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat

14) Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon - Utara, Selatan, Timur di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

15) Mengembangkan perkhidmatan sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya

16) Terus memperluaskan sistem rel, MRT, LRT dan komuter

17) Membina terminal bas, rel, dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar

18) Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah

19) Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Baharu dan Gambang-Segamat

20) Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping

21) Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat

22) Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan dua juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi

23) Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020

24) Memperbaiki penguasaan bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar dari tahap prasekolah, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah

25) Memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak

26) Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik

27) Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh 

CREDIT : UTUSAN MALAYSIA


Panjang sangat pulak kan? Malas nak baca? So, gambar bawah ni adalah rumusan untuk semua. :)



PAKATAN HARAPAN RAKYAT (MANIFESTO PAKATAN RAKYAT)

1) memerangi rasuah secara agresif melalui pewujudan Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN), Suruhanjaya Anti Monopoli, dan Suruhanjaya Kontrak Awam, bagi memecahkan monopoli dan kontrak-kontrak awam yang telah dianugerahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi menyemak semula keadilan kontrak berkenaan

2) Selain penghapusan beberapa program kerajaan BN seperti, PR juga di hadapan 1,500 perwakilan berjanji akan mereformasi institusi kehakiman, Kamar Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk mereformasi Parlimen.

3) pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sistem penguatkuasaan trafik yang menimbulkan kontroversi, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), pengambilan berperingkat lebuhraya di Malaysia dan pemansuhan tol, menghentikan operasi kilang nadir bumi Lynas, kajian semula semua fasa Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), dan banyak lagi.

4) mengemukakan sasaran untuk memastikan isi rumah rakyat Malaysia berpendapatan RM4,000 minimum bagi lima tahun pertama pemerintahan mereka.

5) penurunan harga minyak dan bil utiliti, termasuk penurunan harga kereta, pendidikan percuma, termasuk meningkatkan kadar bayaran cukai kepada mereka berpendapatan RM400,000 setahun berbanding RM250,000 sekarang.

6) mensasarkan sumbangan kerajaan PR kepada caruman tentera akan ditambah kepada 20 peratus berbanding 15 peratus untuk Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan dana tambahan lima peratus akan digunakan untuk membantu pesara yang tidak berpencen.

* Saya tak tahu fully manifesto pakatan rakyat, ini saje yg sy dapat. Credit kpd  MalaysianInsider.com *


Panjang jugak? Ok2, gambar bawah ni rumusan keseluruhannya. ;)



So, how? Puas hati?hahahaha. Of course la penyokong kedua-dua belah pihak xpuas hati. Yang ini ckp BN ciplak manifesto PKR. Yang ini ckp PKR yg ciplak. Mana nk percaya? Selidik la sendiri yea..hahahah.. Ok, sy conclude dan bagi pendapat untuk kedua-duanya sekali la yea. PENDAPAT ok. Short dan Simple.

Jangan terlalu sogok rakyat dengan duit. Pada sy, sy nak sebuah negara yg aman dan tidak terlalu membebani rakyat. Yang penting is kemudahan untuk rakyat, even sy yg still pelajar lg ni pon kkdang terasa duit malaysia ni nilai dia dah semakin kecit. Bayangkan, RM100 tuh da mcm RM10! Betul, nk ikat perut mcm mana lg kan?  Ni pendapat untuk kedua belah pihak, sy tak menjurus dekat satu parti jek. Sesiapa pun yang akan menang untuk PRU 13 ni, sy tak kisah asalkan jgn terlalu membebani rakyat. Jangan masa nk pilihanraya ni lah pom pang pom pang sana sini then bila dah menang senyap gitu jek. Dan sy tertarik dengan bbrpe status sahabat2 sy di facebook, sbg contoh :

Saya menangis hingga mengalirkan air mata walau tak deras. . Bila melihat bendera pas dan bn berselang-seli sepanjang jalan. . Kerana saya tahu. . . Saudara Melayu dan seIslam saya kini sahih berpecah dan saling bermusuhan. . Saling menghina dan memburukkan. . . Saling mencari keburukkan dan kesalahan. .. .tidak bersyukur. . . lupakah kita bahawa kaum lain sedang bertepuk tangan dan ketawa melihat kita saling merendahkan satu sama lain. . Pangkah adalah rahsia masing2. . . Diam-diam sudah. . ,nanti jalankan tanggungjawab. . Ini bagai nak rak berkempen di sana sini termasuk di fb tapi balik mengundi pon tidak. . . Nak balik mengundi pon minta duit minyak duit tol. . . Saya tak kisah dgn menifesto kedua belah pihak. . Tak de impak pada saya pon saya tak kisah. ,pada saya menifesto tu untuk org yg lebih memerlukan. . . Saya cukup dengan kehidupan material sedia ada sekarang walaupun hanya sederhana. . Saya hanya memerlukan satu sahaja = saudara melayu dan seIslam saya kembali bersatu. . . Dan ia tiada dlm menifesto kedua belah pihak. . . -Nur Shazura Roslan-

Apa dalam kepala kita bila melihat bendera umno pkr pas berkibaran merata tempat....?
Itulah perpecahan umat Islam... Y? Nabi saw dah btau bahawa di suatu masa nanti umat Islam ramai... Tetapi bagaikan buih di lautan... Kerana takutkan mati dan cintakan dunia...
Allah pulak btau hati2 manusia akan pecah belah dengan kerana saf solat tak rapi... Inikan pulak surau/masjid kat Malaysia mmg seketul dua je yg pergi... Apatah lagi... Saya dan kamu perlu bangun susun semula saf kita... -Azharidzuan Abu Bakar-

Konklusi untuk kedua-dua status ini adalah, saudara melayu dan seIslam kita kembali bersatu. Mengalir airmata saya apabila status ini dibaca. Betul. Ini yang kebanyakkan rakyat mahukan. Tiada cacian, makian, membuka aib saudara seIslam sendiri. Allah. 

Sesiapa pun yang bakal memerintah tampuk pemerintahan Malaysia nanti, diharap ada perubahan dari segi ini. Tidak salah untuk menyuarakan pendapat. Memang tidak salah untuk membangkang atau menyokong tapi bukan dengan cacian dan makian. Bertanding secara sihat, kan bagus.

Sekian jela entry kali ni, kemain panjang pulak kan..hahhaha. Sekadar pendapat. Apa2 pun, best of luck untuk calon2 PRU13 nanti! 

p.s : Manifesto BN hampir 2 jam disiarkan dan Manifesto Pakatan disiarkan secara rakaman hanya 10 minit??? Errmmmm.. Kan best dua2 manifesto ni disiarkan secara live, baru adil kan. Tu yg membangkitkn lagi ketidakpuashatian rakyat. Hiksss. 

p.p.s : Saya tak kisah sesiapa pun yg akan memerintah negara cuma sy sgt2 xnak seorg pemimpin itu yg akn jd PM Malaysia. Harap jangan. Siapa? Undi adalah RAHSIA. LOLZ. :p

0 comments: