KEPUTUSAN PENUH PRU 13

Assalamualaikum wbt.

Peringatan : Entry kali ini mungkin akan menyinggung perasaan sesiapa dan saya mintak maaf awal2 yea.. Ini merupakan pandangan dan pendapat saya. Terima kasih.

Hah! Alah, tgk tajuk entry sy korg dah tahu sy nk story pasal ape kan? Hot! Hot! Berita paling panas untuk rakyat Malaysia!wuhuuuuu! So smlm, dah dpt tahu bahawa BARISAN NASIONAL sekali lagi memerintah negara kita yang aman damai ini. Sebelum sy teruskan entry sy ni, meh tgk keputusan penuh utk Parlimen dgn DUN. Sumber dari website SPR


So, itulah keputusan penuh. Dan macam biaselah, bila BN menang bermacam-macam cerita keluar. Pada sy, kalau PR menang pon same sbb penyokong kedua-dua parti sgt taksub dgn parti masing-masing. Kenapa sy berani ckp cmni? Sbb, dekat facebook dan twitter saya follow kedua-dua parti punya page. Sebagai contoh page pakatan rakyat, page saya sayang Tun M dan page2 lain yg mewakili parti mereka kebanyakkan mencaci dan memaki parti yg mereka tak suka. Yang lagi best semasa pengiraan undi, macam2 keputusan sy dpt. Terus terang yea, sy tgk internet dan tv. Memang sgt berbeza keputusan sampai sy dan kwn2 lain pon naik pening mane satu sumber yg btol! Klau tgk page yg Pro-pakatan ckp dorg leading n tgk page Pro-BN ckp dorg leading. Macam2! Lepas tu ade pulak yg ckp kira undi lambat lah, apelah. Hey hello! Korg ingat senang eh kira undi? Even ramai pekerja SPR tuh, tp pengiraan undi tuh leceh. Banyak prosedur. Prosedur yg bnyk cmtu pon ckp SPR tipu, kang kira laju2 lgla korg ckp ape kan. Tak kire plak yg suruh kira balik, tak ke lambat..haila! Wake up la people! Eh, ter-emo pulak.. sori2..ahahhaha!

Blackout? Kotak undi dilarikan? Hah, ade satu cerita tgh kira2 undi blackout pulak so kire undi dlm blackout pastu ade org curi peti undi. Macam drama or dlm novel lah!hahahaha! Lepas tu ade plak ckp peti undi tuh ade atas kepala didie alias!wakakakaka! Dalam crius2, ade jgk yg bwt lawak..kehkehkeh.. Hal blackout dan peti undi dilarikan itu wallahualam. Saya xnk komen sbb sy xtau, so sy serahkan kepada Allah.. Allah maha tahu siapa yg benar dan siapa salah. Kite duk maki or bwt tomahan pon xleh sbb kite xde kt tmpt kejadian. If BN menang sbb menipu, kite juz serah kat Allah untuk bagi balasan. Kite xleh bwt ape2 skrg sbb keputusan dah umum kan, just berdoa jek. Doa itu senjata org Islam. Kalau nk ckp tipu, xdenyer der JOHOR ni DAP boleh tembus..ahahha. Johor kubu kuat BN kot tp tidak lagi.huuuuu.

Yang paling tak best is bila bukak2 fb, ade sorang hamba Allah ni dgn confident tag dekat BARRACK OBAMA mintak tlg sbb PRU 13 Malaysia main tipu! This is for you yg 'pandai' sgt tag barrack obama even die bkn bace pon awk punye tag tuh. Even die xbace tp rakyat amerika mungkin bace. Tak payah nk mintak pertolongan amerika, kalian nak negara kita dijajah sekali lg ker? Oh, mungkin time dijajah anda xde. Sy pon xde tp sy dngr cerita org2 tua betapa perit bila dijajah. Jangan nk cetek sgt fikiran tuh pegi post mcm tuh! Jangan disebabkan parti anda xmenang, lpas tu nk bwt kecoh. Oh, mungkin anda tak matang lagi kot. Entah, tp this is mmg untuk anda yg tag barrack obama tu ok. Dan ade jgk yg mengadu dekat United states department of justice psal PRU kite. Ya Allah, cetek sgt fikiran yg ngadu dekat amerika. Ya Allah, lindungilah Malaysia.. :'(

So, conclusion untuk PRU 13 ni. Kepada BARISAN NASIONAL, jangan terlalu selesa. INGAT! PRU 13 merupakan tamparan dan sepakkan hebat dekat muka kalian. Rakyat Malaysian skrg bkn sprt org dulu2, yang mengundi skrg adelah anak2 muda yg celik IT. Kalian sebar bermacam video seks, ingat kami suka? TIDAK sama sekali. Sila ubah cara anda berpolitik, politiklah secara bersih. Kalau kalian tetap dgn cara berpolitik macam sekarang ni, tak mustahil 5 tahun akan datang Malaysia akan ditadbir oleh PAKATAN RAKYAT. Dan kepada PAKATAN RAKYAT, sy ucapkan terima kasih kerana kalianlah membuatkan kami dan parti lain bukak mata dan membuatkan rakyat Malaysia keluar mengundi. This is what we want, semangat ini yg kami nak dan BN rase sy dah keluar dari comfort zone mereka. Dan mungkin dah tiba masanya BN berdatu dengan PAS. Duduklah semeja dan berbincang wahai pemimpin semua, itu yg kami nak. Bersatulah.

Kepada rakyat Malaysia baik Melayu, Cina, India, Iban, Bidayuh dan ramai lagi. Tak perlu nak mengutuk, menghina kaum2 yang lain. Kita hidup dalam satu bumbung yg sama, aman damai kita hidup. Jangan sebab pertelingkahan kita, orang luar perhati saje kite skrg ni. Kita juga perlu bersatu, cukup2lah kutuk mengutuk kalian itu ok?Walaupun sy tahu rayuan sy ni tidak diambil kesah ponn..hahaha! Sy xkisah, asalkan sy jlnkan tanggungjwb sy menasihati selagi boleh.. Saya taknak bergaduh ni seme.

So! Puas hati or tak puas hati, kalau kerajaan yg baru masih lagi berperwatakan yg same. Kite ada PRU 14, kite tgk 5 tahun ni ape jadi.. Tak suka mereka, tunggu PRU 14 ok?! Tak payahlah nk mengadu dekat amerika oiiii! Mengadu dekat amerika ibarat KELUAR MULUT HARIMAU, MASUK MULUT BUAYA! Kepada yg beragama Islam, mengadu dekat Allah.. Dia yg tahu segala-galanya. Mintak pada dia. Dan ingat, Islam dihati bukan pada Parti!

Cukup untuk entry kali ni, ade sesiapa terasa hati? Ucapan Maaf saya hulurkan. Sekian dari sy, kekalkan keamanan dan kedamaian Malaysia! Stay Calm. Still Neutral. Keep Listen. I LOVE MALAYSIA! ok, babai. ;)

0 comments: