~UNTUKMU ADAM DAN UNTUKMU HAWA~

wahai adam....

janganlah kau dengan mudah mengungkap kata cinta kepada si hawa...


janganlah kau dengan mudah kau lafazkan SAYA SUKA AWAK atau SAYA CINTA AWAK kepada si hawa..


janganlah kau terlalu baik kepada si hawa..


janganlah kau terlalu memberi harapan kepada si hawa..


janganlah kau terlalu mengambil berat atau terlalu memberi perhatian kepada si hawa..

kerana apa wahai adam?


kerana hati si hawa mudah tersentuh..
kerana hati si hawa sangat lembut..
kerana hati si hawa mudah jatuh cinta walaupun si adam hanya menganggap si hawa sebagai sahabat sahaja..

wahai hawa...

janganlah kau mudah berharap dengan cinta si adam...


janganlah kau mudah jatuh hati kepada si adam...


janganlah kau mudah menyerahkan hati kamu kepada si adam...


janganlah kau mudah menangis kerana si adam menolak cintamu..

kerana apa wahai hawa?


kerana kau tercipta dari rusuk lelaki...
bukan dari kaki utuk dialasi...
bukan dari kepala untuk dijunjung...
tetapi dekat dibahu untuk dilindung...
dekat dihati untuk dikasihi...
dan bukan hatimu itu untuk disakiti...



kepada si adam dan si hawa diluar sana...





itulah sebab mengapa Allah memberi peringatan supaya kita menjaga batasan pergaulan sesama lelaki dan perempuan...


hati manusia sangat rapuh, bisikkan dan hasutan syaitan sangat kuat...


jika iman mu tidak kuat wahai adam dan hawa, kamu akan terjerumus ke kancah maksiat yang sangat dimurkai Allah...

firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

 “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kepada kerosakan).”(Surah al-Isra’:32)




kepada si adam dan si hawa diluar sana...


tak perlu kau menagih cinta manusia yang bersifat sementara...


sesungguhnya ada cinta yang kekal abadi buat diri kalian...


cintalah kepada Allah...


sesunggguhnya cinta kepada Allah itu sungguh agung sekali sehingga kalian akan mengalirkan air mata pabila rindu kepada-NYA...


tidak perlu kau risau atau gundah gulana wahai si adam dan si hawa diluar sana...


sesungguhnya Allah telah pun menulis nama pasangan hidup setiap seorang dari kalian...


apa yang perlu kau lakukan ialah hubungan kalian dengan Allah...


Allah akan menghantar jodohmu pabila saat kalian sudah bersedia...


ingatlah, janji Allah itu pasti..



p/s : tetiba nk tulis entry cmni sbb suke giler bace blog DOKTOR CINTAPAKAR CINTA dgn yg terbaru DIARI HATI. it's not all about love between human kind but its more to love to Allah..tu yg sgt menarik, sbb cinta Allah tu maha agung.. ;)

0 comments: