~ PENULISAN MERUNGKAI APA KATA JIWA YANG TIDAK TERLUAH ~


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


hai! skrg ni sy ade sikit mase terluang and wanna update something utk korg.. xde klas ker?? ade la syg2 sy, tapi klas kul2 ptg kang so ade mse ni n ttbe terajin lak bkk blog..hape lg, hupdate lah!hehehe.. actually entry kali ni xde crite psal ape2 pon, sy juz nk share kat korg some quotes or kata2 hikmah yg sy dpt dr blog2 or fb2 page yg boleh meredakan hati sy yg kdang2 gundah gulana.. kata2 hikmah ni da bnyk sy post kt FACEBOOK sy dan jugak TWITTER and ttbe terase nk update blog jgk kan..so, hope entry kali ni at least sy dpt berkongsi ngn anda lah yea.. =)

"sekeping hati ini milikNya, Dia berhak mengatur segala rasa, Dia mengetahui segala peristiwa.. kita tidak berupaya meneroka apa yang kan berlaku pada minit yang seterusnya.."


"aku meninggalkan mu bukan kerana kebencian ku pada mu tapi kerana kecintaan ku pada Tuhanku melebihi rasa hati ku pada mu.."



" Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

"Aku sering memasang angan untuk membina istana indah. Dia sebagai RAJA dan aku sebagai RATU. Biarpun istana itu hanyalah pondok kecil, aku tau bahagia akan ada disitu. Yang dinanti bukanlah lamaran dengan batu permata, cukuplah akad dan janji yang setia."

"Dalam diam aku tertarik dengan sifatnya, ilmunya, akhlaknya, kecantikannya, gaya pemakaiannya dan keanak-anakannya...Aku diam kerana aku tahu dia milik ALLAH, aku hanya perlu minta kepadaNYA"

"kami tidak akan ucapkan perkataan 'CINTA' kepada mana-mana lelaki ajnabi kerana.. kami simpan perkataan itu untuk diucapkan kepada bakal suami selepas akad nikah"

"Aku minta Tuhan jaga dirinya waktu ini sehingga dia dipertemukan dengan diriku pada satu masa yang tepat... Aku tak tahu siapa dirimu tetapi aku tunggu kamu untuk siang dan malam bersama sampai akhir hayat. Ikhlas dari hati ini."

"Hati wanita itu sepertinya kaca,mudah berderai namun mampu menghiris.."

"Orang tak tahu hati kita, tetapi ada yang akan fahaminya. HARGAILAH INSAN TERSEBUT."

"Wanita dicipta bukan untuk dikagumi ramai lelaki, Tapi untuk seorang lelaki yang bernama, Suami.."


" You don't know Everything , But Allah knows Everythings.. ^_^



0 comments: