~ WAJARKAH PTPTN DIMANSUHKAN? ~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



10 dan 11 april 2012 aritu, saya telah menghadiri satu perbincangan yang bertajuk Rundingan Meja Bulat PTPTN Mahasiswa 2012 : Wajar atau tidak PTPTN dimansuhkan di hotel Vistana. ok, biar saya explain sikit why this issues timbul. Isu ni timbul apabila DSAI menyatakan akan mansuhkan PTPTN dan beri pendidikan percuma jika parti beliau naik sbg kerajaan. well, no politics here because i am neutral. tidak berpihak kepada mana2 parti politik and i attend this rundingan sebagai wakil kepada pelajar2 dan mahu mendengar segala penjelasan dan info dari pihak PTPTN.. Alhamdulillah, rundingan meja bulat tersebut selesai dan wakil2 mahasiswa dan badan NGO yang datang telah menghasilkan beberapa resolusi.  Dan antara resolusi tersebut ialah :  


SETELAH BERBINCANG BERHUJAH DAN MENELITI FAKTA-FAKTA YANG ADA SERTA SESI SINDIKET YANG DILAKUKAN BERSAMA-SAMA PTPTN MAKA KAMI AHLI-AHLI MEJA BULAT DENGAN INI SEBULAT SUARA MEMUTUSKAN BAHAWA PTPTN HENDAKLAH DIPERTAHANKAN KEWUJUDANNYA SERTA MENAMBAHBAIK FUNGSINYA BAGI PENJAMIN KELANGSUNGAN AGENDA PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN NEGARA.



Dari aspek pinjaman:



1. Meja Bulat mencadangkan bayaran perkhidmatan 1% yang dikenakan ke atas peminjam PTPTN dihapuskan.

2. Bagi menampung keperluan Meja Bulat mencadangkan agar kerajaan menyediakan dana dibawah perbelanjaan mengurus tahunan atau mendapatkan tajaan daripada GLC dan syarikat-syarikat utama dalam Negara 

3. Skim insentif pertukaran pinjaman kepada biasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang hendaklah dihentikan atau dikaji semula menggunakan mekanisma yang lebih rasional bagi memastikan keadilan kepada semua peminjam disamping mengelakkan hakisan dana PTPTN yang berkonsepkan pinjaman.

4. Kemudahan pinjaman PTPTN juga hendaklah dipanjangkan kepada pelajar-pelajar yang menyambung pelajaran di luar negara khasnya di Timur Tengah.

5. Pinjaman bagi peminjam dari Sabah dan Sarawak untuk belajar ke semenanjung dan sebaliknya hendaklah meliputi harga tiket penerbangan 2 kali setahun.

Dari aspek pembayaran:

6. Rombakan terhadap sistem bayaran balik pinjaman hendaklah dilakukan dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:

a) bayaran pinjaman mula dibuat apabila peminjam telah berkhidmat melebihi 6 bulan atau telah mempunyai pendapatan RM3,000 ke atas yang mana terkemudian bagi menjamin tempoh kelegaan peminjam.

b) kaedah bayaran balik hendaklah dikaji semula dengan mengambil kira mekanisma pembayaran seperti KWSP dan LHDN disamping kemudahan pembayaran melalui sistem e-payment sedia ada.

c) Insentif pelepasan cukai diperkenalkan kepada majikan-majikan yang bersedia menjelaskan bayaran PTPTN pekerja mereka.

d) kaedah menyenarai hitam peminjam yang menyebabkan kebebasan peminjam seperti urusan keluar negara atau membuat lainilain pinjaman hendaklah dimansuhkan.

Dari segi tabungan SSPN:

7. Kerajaan hendaklah menyalurkan dana RM100 yang diperuntukkan kepada murid-murid sekolah terus kepada PTPTN bagi tujuan pembukaan akuan SSPN.

Dari aspek komunikasi:

8. Peminjam dan PTPTN hendaklah melaksanakan ucapan akad untuk memastikan peminjam sedar bahawa pinjaman PTPTN perlu dibayar semula.

9. PTPTN hendaklah melaksanakan promosi dan menyebar luas segala maklumat yang tepat kepada peminjam dan masyarakat agar kefahaman terhadap fungsi dan kedudukan PTPTN dapat difahami.

10. PTPTN hendaklah menggunakan secara maksima media baru agar segala aktiviti promosi dan penyebar luas maklumat akan lebih berkesan.

11. PTPTN perlu bersedia untuk menyediakan pinjaman bagi sara hidup seandainya kerajaan memutuskan untuk memberikan pendidikan percuma diperingkat pengajian tinggi.



InsyaAllah, resolusi ini akan dibentangkan kepada Perdana Menteri kita dan akan diserahkan oleh YB KJ.. 


P/s : entry kali ini sekadar info yg saya dapat sepanjang saya menghadiri rundingan tersebut.

6 comments:

Sinner said...

Saya tak paham yg nombor 3 tu, boleh tak jelaskan dengan lebih detail..?

''Skim insentif pertukaran pinjaman kepada biasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang hendaklah dihentikan atau dikaji semula menggunakan mekanisma yang lebih rasional bagi memastikan keadilan kepada semua peminjam disamping mengelakkan hakisan dana PTPTN yang berkonsepkan pinjaman.''

Kenapa dikatakan tak adil..?

Nur Ashikin Mohd Said said...

PTPTN skrg kan ade tawarkan if ade student yg cemerlang akan diberi biasiswa bkn pinjaman dan pd meja bulat tersebut setelah difahamkan yang main tugas PTPTN is PINJAMAN and not BIASISWA but bile PTPTN ade buat biasiswa ni mcm xmenepati konsep PTPTN yang bersifat pinjaman.. dlm resolusi tuh bkn kami sruh mansuhkan trus psal hal ni tapi kami suruh pihak PTPTN tambah baikkan lg supye seme plajar dpt yg same or adil..cmtulah..

:)

ash said...

salam.sekadar pandangan saya yang kurang arif. saya rasa penukaran pinjaman kepada biasiswa itu wajar sebab boleh menambahkan lagi semangat belajar atau dengan erti kata lain memberi motivasi tidak langsung untuk belajar bersungguh.
sekadar pandangan manusia kerdil.tq

Nur Ashikin Mohd Said said...

wsalam ash.. xper, sy pon xdela bijak sgt dlm hal2 cmni..hehehe.. yess, dat's y kami mnta supye pihak ptptn perbaiki smule sbb kami mahu semua mahasiswa dpt benefit yg same rata.. resolusi itu adelah pandangan semua mahasiswa yg hadir pd meja bulat aritu dan kite same2 tggula yea ape keputusan PM kite.. :)

Anonymous said...

Assalamualaikum, boleh kakak tolong jelaskan untuk aspek yang ke-11 sekiranya kerajaan akan melaksanakan pendidikan secara percuma di peringkat pengajian tinggi? Saya kurang memahaminya. Terima kasih.

Nur Ashikin Mohd Said said...

wsalam. ini ape yg akak faham yea dik. akk peminjam ptptn skrg n setiap sem mmg ade sedikit duit sara hidup. sbg cntoh yuran akk 7ribu satu sem n every sem akk dpt 8ribu n selebihnya tu adelah wang sara hidup. so kalau lepas ni hapus ptptn, kite blaja secara free, kerajaan perlu sediakan wang sara hidup utk pelajar. ni based on my knowledge la dik, ni ape yg akk paham. :)