~ HUKUM MEMAKAI INAI BERCORAK ~

Assalamualaikum w.b.t.

Haaaaa, tgk2. Bila mood ber-blog tuh ada, tak sampai satu jam dah dua entry sy hupdate. hikhikhik. Tp yg ni, entry pendek saje. Info ni sesuai utk hehakak yg dah nk kawin tuh pastu mcm ragu2 nk menconteng jejari hehakak yg mulus tuh dengan inai.

Sebenarnya ramai wanita diluar sana ragu2 or tak tahu langsung ape hukum conteng tangan dengan inai dgn bermacam corak bunga-bungaan bila nak kawin. Even sy yg belom kawin ni pon selalu jgk pakai inai tp sekali jek lukis2 bunga dekat tangan sbb tak berapa nak jelas hal berkaitan benda alah ni. So td keja scroll fb and ternampak satu post dari fb PAKAR DIARI HATI berkenaan dengan inai ni. Katanya :




PDH perasan ada ramai yang masih keliru tentang HUKUM PENGANTIN PEREMPUAN MEMAKAI INAI BERCORAK. PDH kongsikan fatwa ini :

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. 

Muzakarah telah memutuskan bahawa:

✔ Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

✔ Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

✔ Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

SUMBER : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak

Hahhhhh, dah jelas? So, rasenyer dah mmg jelas lah hal ni. Lepas ni jgn pertikaikan lagilah yea, sbb dah mmg keluar fatwa nyer. Informasi ni menarik n berguna dan sebab tuh sanggup saya update satu lg entry ni.

Itu jelah, awal2 td da ckp entyr ni pendek. Takmo syok sendiri, korg yg bace pon muak..hahahahaha! Babai!

- THE END -

0 comments: