at last.....


akhirnye, penunjuk perasaan antikerajaan thailand menamatkan kepungan 3minggu keatas pejabat perdana menteri semalam... gambar disebelah menunjukkan penyokong thaksin mengangkat kain putih dan juga mengangkat tangan mereka sebelum meninggalkan rumah kerajaan di bangkok.. antara sebab mereka menamatkan protes tersebut adalah kerana mereka perlu menjaga kebajikan penyokong mereka kata salah seorang pemimpin kumpulan baju merah(thaksin supporter) iaitu jatuporn prompan.. gambar yg kedua menunjukkan askar thailand mengumpulkan kayu dan pisau yg diserahkan penunjuk perasaan selepas menamatkan protes mereka semalam.. kira-kira 2000 penunjuk perasaan tegar meninggalkan lokasi protes mereka.. gambar dan maklumat yg sy perolehi adalah daripada akhbar berita harian..


syukur kepada tuhan kerana krisis politik thailand menyaksikan percakaran antara golongan diraja, tentera dan kelas pertengahan di bandar dengan golongan miskin diluar bandar yg setia kpd thaksin akhirnya berakhir juga..


tindakan yg mereka ambil adelah wajar kerana sampai bila mereka mahu terus protes ini semua, ape yg mereka dpt hanyalah kepuasan hati tetapi dr segi ekonomi mereka teramatlah terjejas.. keganasan yg mereka lakukan telah memburukkan industri pelancongan thailand dan ini lebih memburukkan lagi keadaan ekonomi thailand..


danny richards, ahli ekonomi kanan di unit perisikan ahli ekonomi di london mengatakan bahawa beliau tidak fikir ia adalah ending of the story.. krisis ini akan berterusan lebih lama lagi..*sumber berita harian*..


apa2 pon sy sebagai anak malaysia berasa amat bersyukur kerana dilahirkan di negara yg aman dan damai ini dan berharap keamanan yg sedia ada di malaysia ini akan berterusan sehinggalah pada ahkir zaman..


kepada rakyat thailand, menamatkan protes yg mereka lakukan sendiri adalah teramat wajar dan memberi kebaikan pada diri mereka sendiri..
wassalam..

0 comments: