#PrayForMH370 #MalaysiaAirlines

Assalamualaikum wbt.

Allahuakbar.. Hari ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi tadi. Dimaklumkan juga, pesawat tersebut membawa penumpang seramai 239 orang, yang terdiri daripada 227 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 petugas. Kerakyatan para penumpang adalah dari 13 negara. 

Sehingga sekarang, masih belum mendapat apa2 berita sama ada pesawat MH370 itu terhempas atau tidak. But skrg ni dekat laman sosial macam2 cerita pulak yang keluar. Ada yg cakap pesawat tersebut terhempas dekat laut china selatan lah apelah but if you tgk berita awani, pemangku menteri pengangkutan sendiri cakap itu berita palsu. Tapi kita tak tahu kan, minyak untuk pesawat tu pon boleh bertahan utk 7 jam sahaja.. Yang xleh bla, siap ada yg upload gambar pesawat tu terhempas kat laut tersebut uolssss~


Bukan itu jek, bila dlm keadaan mcm ni silalah jaga sikit sensitivity. Sbg contoh zed zaidi. Disebabkan tweet dia, habis dia kena kecam dgn seluruh rakyat Malaysia termasuklah rakan2 artis yang lain. Alah, engkorang kaki twitter mesti tau hal ni. 


Bukan takat tu jek, bekas MB pon turut sama mempermainkan hal ni. 


Saya update all this picture is not too membakar mana2 pihak but utk peringatanlah utk semua. Tak semua hal kita boleh bwt lawak or mempermainkan hal tersebut. Tengok tempatlah. Ini melibatkan nyawa dan perasaan keluarga mangsa2 tersebut. Cuba engkorang one of those family yg terlibat dgn nahas ni. How do you feel? Please lah, xyah keluar statement2 yg menunjukkan kebodohan diri masing2. Ada yg cakap nahas ni nk tutup cerita pasal anwar ibrahim kena penjara lah apelah. Ya Allah, mentality korang! Benda mcm ni tak perlulah nk kaitkan dengan politik ke ape. Just pray for them, tak payah nk bwt statement bodoh femfeeling nak famous sekejap. Nak famous pon bwtla benda baik, ni makan maki orang buat apa kan. 

Apa2 pon, kita tak tahu apa yg jadi but Allah tahu. Kita berdoa dan harap ada berita yang menyenangkan. Kepada keluarga mangsa, apa pun terjadi teruskan berdoa dan harap kalian bersabar dengan apa yg berlaku sekarang ni. Mungkin senang saya just menaip, saya tak berada kat tempat kalian but trust me.. Semua rakyat Malaysia merasakan apa yang kalian rasa. Stay strong, have faith on Him and apa yang terjadi ada hikmahnya. Teruskan berdoa. 



0 comments: